Kaunseling Kewangan

Perkhidmatan Kami

Masalah pengurusan kewangan dan keberhutangan telah dikenal pasti antara masalah kritikal yang melanda penjawat awam mutakhir ini khususnya di zaman ekonomi negara yang agak kurang stabil. Masalah keberhutangan yang dihadapi oleh penjawat awam ini telah memberi kesan terhadap prestasi mereka di tempat kerja, sekaligus merencatkan pencapaian sesebuah organisasi. Kaunselor MARA dengan kerjasama AKPK mempunyai kepakaran membantu staf yang mempunyai isu keberhutangan.


Sekiranya berminat hubungi hotline PEKAMARA : 03-26134390