Profil


Objektif Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi


  • Melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan konsultansi dengan tujuan meningkatkan tahap kesihatan mental.
  • Melaksanakan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok dengan mematuhi peraturan dan etika amalan kaunseling.
  • Melaksanakan aktiviti bimbingan dan bertujuan meneroka isu-isu perkembangan personaliti, kerjaya dan sebagainya.
  • Melaksanakan program-program berteraskan aplikasi psikologi.

Tujuan/Matlamat


  • Mewujudkan satu himpunan dan rangkaian kepakaran kaunseling dalam organisasi MARA.
  • Memberi sumbangan perkhidmatan kaunseling serta aktiviti bersesuaian kepada pusat pentadbiran MARA dan warga MARA.
  • Menjaga kebajikan ahli.
  • Merangka dan merancang aktiviti ke arah mempereratkan hubungan antara ahli.
  • Mengangkat martabat profesionalisma kauselor MARA.
  • Mewujudkan satu dana atau tabungan bagi menjalankan aktiviti persatuan.
  • Merancang aktiviti peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan satu himpunan dan rangkaian kepakaran kaunseling dalam organisasi MARA.

Visi


  • Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan elektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perhkidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Misi


  • Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat madani melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Falsafah


  • Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.