Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)

Perkhidmatan Kami

Pembimbing rakan sebaya berorientasikan “murid membantu murid” yang merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan murid yang terlatih dalam kemahiran-kemahiran asas menolong sangat penting untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Untuk melengkapkan pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Oleh itu, PEKAMARA mempunyai kepaakaran untuk membangunkan potensi Pembimbing Rakan Sebaya di peringkat sekolah rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi.


Sekiranya berminat hubungi hotline PEKAMARA : 03-26134390